Dublin: Pemimpin parti pembangkang Ireland, Demokrat Sosial, Holly Cairns, melahirkan seorang bayi perempuan Jumaat, pada hari pengundian pilihan raya umum negara itu, kata parti terbabit.
Holly Cairns, 35, yang sedang bertanding untuk pemilihan semula di kawasan Cork South-West memuat naik gambar dirinya bersama bayi di Instagram dengan kapsyen ‘Dia sudah tiba’.
Parti itu adalah parti keempat paling popular dengan sokongan enam peratus pengundi menurut satu tinjauan yang diterbitkan pada Isnin oleh Irish Times/Ipsos B&A.
Cairns kekal sebagai pemimpin sepanjang kehamilannya tetapi timbalannya, Cian O’Callaghan mewakili beliau di beberapa acara prapilihan raya termasuk debat televisyen kebangsaan.
“Wanita melahirkan bayi… dan kita perlu menyokong mereka jika kita mahu lebih ramai wanita bertanding,” kata rakan parti, Jennifer Whitmore kepada wartawan pada Rabu.
© New Straits Times Press (M) Bhd