“Pemimpin Madani Belajar Di Sekolah Jalanan” – Saifuddin Jawab Dakwaan PH Berubah Sikap Selepas Berkuasa | Oh! Media

“Pemimpin Madani Belajar Di Sekolah Jalanan” – Saifuddin Jawab Dakwaan PH Berubah Sikap Selepas Berkuasa | Oh! Media

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal konsisten dalam pendiriannya dan tidak berubah sikap selepas mendapat kuasa.

Beliau menyangkal segala tohmahan yang meragui ketegasan kerajaan dalam membuat keputusan, melaksanakan dasar secara berprinsip, serta menunaikan amanah yang diberikan oleh rakyat.

Pemimpin PH tidak pernah lupa daratan

Kredit foto: Kementerian Dalam Negeri

Menerusi laporan daripada Malaysiakini, Saifuddin berkata bahawa para pemimpin gabungan tersebut, yang sebahagiannya berakar umbi dari gerakan reformasi dan perhimpunan jalanan, tidak akan sesekali mengabaikan asas perjuangan mereka.

Baru-baru ini, salah satu perhimpunan yang mendapat perhatian luas adalah himpunan anti-rasuah. Ketika itu, reaksi yang diterima seolah-olah menggambarkan kerajaan ini sebagai lupa akan prinsip asalnya.

Bila sudah ada kedudukan mereka ini (pemimpin PH) sikap sebaliknya, itu gambarannya. Itu tidak benar. Sebenarnya, pemimpin yang ada sekarang sebenarnya graduate dari sekolah jalanan. Tidak pernah kami lupa daratan-Katanya

Saifuddin berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan meminda Akta Perhimpunan Aman 2012, dengan menghapuskan keperluan bagi penganjur mendapatkan kebenaran pemilik premis sebelum menganjurkan perhimpunan.

Menurutnya lagi, sejak menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN), beliau menegaskan bahawa pihak polis hanya menolak sekitar 2 hingga 3 peratus daripada keseluruhan permohonan perhimpunan yang diterima.


Scroll to Top