Pemilik syarikat ditahan, kemuka dokumen palsu bagi kerja pendawaian

Pemilik syarikat ditahan, kemuka dokumen palsu bagi kerja pendawaian

am@hmetro.com.my

Labuan: Pemilik syarikat ditahan, disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu berkaitan kerja pendawaian bangunan bernilai RM300,000, di sini, tiga tahun lalu.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan 5 petang semalam, ketika hadir bagi memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2022. Dia disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi kerja pendawaian senggaraan bangunan bernilai kira-kira RM300,000, sedangkan kerja itu tidak dilaksanakan,” katanya hari ini.

Susulan penahanan itu, Mahkamah Majistret membenarkan suspek ditahan reman lima hari bermula hari ini hingga 15 Januari,

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Muhammat Azis Malmod ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top