Pemilik Akaun Vijayan Sabarinathan Mohon Maaf Hina Islam

Pemilik Akaun Vijayan Sabarinathan Mohon Maaf Hina Islam

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan pemilik akaun ‘Vijayan Savarinathan’ menghina agama Islam sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

Selepas dikecam hebat, individu terbabit akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka menerusi satu lagi video di Facebook.

Dia mengakui tindakannya itu salah dan menyesal kerana terlalu mengikut perasaan marah terhadap isu yang berlaku sebelum ini.

Saya minta maaf ikhlas daripada hati saya, apa yang saya buat dan saya cakap memang tidak patut. Sebab mereka (penyampai sebuah stesen radio) buat video itu saya pun marah.

Tidak boleh tahan sebab kita kena hina tapi itu bukan alasan untuk saya buat video begitu.- Katanya.

Polis akan tetap buru. Hina agama: Isu serius yang tak boleh dipandang ringan…

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan bahawa pihak polis masih memburu lelaki terbabit yang dipercayai mungkin berada di luar negara. Kes ini kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Menurut Razarudin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama.

Selain itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 turut digunakan berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

#ApaKataOhmedia

Kes ni jelas menunjukkan betapa bahayanya tindakan menghina agama di media sosial. Walaupun dah minta maaf, undang-undang tetap perlu ditegakkan.

Harapnya, kita semua lebih berhati-hati dalam berkongsi pandangan, terutamanya bila melibatkan isu agama dan kaum. Tak salah nak luah perasaan, tapi biarlah dengan cara yang lebih beradab.


Scroll to Top