Pemandu Proton Wira maut, nahas tiga kenderaan

Pemandu Proton Wira maut, nahas tiga kenderaan

am@hmetro.com.my

Pontian: Lelaki maut, manakala dua wanita cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jambatan Sungai Ayer Baloi, di sini, malam ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Abdullah Sani Md Jani, berkata kejadian jam 7.48 malam itu membabitkan Perodua Axia, Toyota Vellfire dan Proton Wira.

Abdullah Sani berkata, mangsa lelaki yang memandu kereta Proton Wira tersepit di tempat duduk pemandu dan dikeluarkan menggunakan alat khas.

“Mangsa bagaimanapun, disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

“Mangsa dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat. Sementara itu, dua wanita yang juga pemandu Axia dan Toyota Vellfire cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Katanya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd