Pelawak tiba di mahkamah, dijangka dituduh miliki ganja

Pelawak tiba di mahkamah, dijangka dituduh miliki ganja

surayaroslan@mediaprima.com.my

Sepang: Pelakon yang juga pelawak tiba di kompleks mahkamah di sini, hari ini, untuk berdepan pertuduhan memiliki dadah jenis ganja.

Lelaki itu tiba dalam keadaan bergari dan memakai pakaian lokap menaiki trak polis pada 9.05 pagi.

Terdahulu, media melaporkan seorang selebriti yang ditahan kerana memiliki dadah disyaki ganja ditahan di kediamannya di Cyberjaya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dalam satu kenyataan memaklumkan, selebriti lelaki itu ditahan bersama dua peket lut sinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja dengan anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.

Hasil ujian air kencing terhadap selebriti itu juga positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC), manakala siasatan mendapati suspek tiada rekod lampau dan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) ADB 1952.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top