Pelakon Wanita Terkenal Anggap Babak Berkemban Itu Seni, Bukan Pelaris Filem | Oh! Media

Pelakon Wanita Terkenal Anggap Babak Berkemban Itu Seni, Bukan Pelaris Filem | Oh! Media

Bagi peminat drama tempatan, pasti mengenali wajah pelakon wanita Sasqia Dahuri yang sentiasa muncul di kaca televisyen.

Kali ini, Sasqia menjayakan filem terbaru berjudul Takafur pula. Bukan saja berlakon, Sasqia juga bertindak sebagai penerbit bersama bagi filem tersebut.

Lapor Kosmo!, dalam filem Takafur Sasqia akan melakonkan watak berkemban sambil dimandikan aktor Syazani Zikry.

Jelasnya, setelah lebih 10 tahun berkecimpung dalam industri, ini merupakan kali pertama Sasqia melakonkan babak sebegitu.

Bagi saya babak berkemban itu adalah seni buat pengarah filem bebas (indie) seperti Feisal. Itu adalah pertama kali saya membawakan watak berkemban. Walaupun saya bertindak sebagai penerbit bersama bagi filem ini, tetapi saya ingin tegaskan babak tersebut bukan bertujuan untuk melariskan filem.

Tambah aktres berusia 39 tahun ini, babak tiada unsur tarikan seksual sebaliknya ingin menggambarkan perasaan kecewa seseorang apabila kepercayaannya dikhianati.

sasqia

Lagi pun, sebelum melakonkan babak tu Sasqia sudah berbincang dengan pengarah kerana bimbang babak akan dipotong Lembaga Penapis Filem (LPF).

Pelakon ini menganggap babak tersebut sebagai satu cabaran demi menggambarkan keadaan individu yang mengalami masalah tekanan mental.

Babak itu ingin menunjukkan saya ini seperti orang yang putus harapan dan keliru dengan apa yang berlaku.

Katanya, isu penyakit mental adalah berat dan ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.


Scroll to Top