Pelakon Veteran, Roslan Saleh Meninggal Dunia

Pelakon Veteran, Roslan Saleh Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Roslan Saleh, 69, dikhabarkan telah meninggal dunia pada pagi ini.

Berita duka itu dikongsikan oleh anaknya, Farahanis Roslan menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya, pada Jumaat.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi,” tulisnya.

Dalam pada itu, difahamkan jenazah Allahyarham Roslan atau lebih mesra disapa sebagai Pak Lan akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah untuk pengurusan mandi, kafan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan Pak Lan menghidap penyakit diabetes kronik kira-kira pada empat tahun lalu.

Scroll to Top