Pelakon terkenal Noorkhiriah, kini dilantik sebagai Duta Rasmi Vieura

Pelakon terkenal Noorkhiriah, kini dilantik sebagai Duta Rasmi Vieura

Siapa tak kenal Noorkhiriah, pelakon popular versatil yang membawa pelbagai watak dalam filem dan telemovie.  

Antara yang paling diingati ramai apabila Noorkhiriah membawa watak sebagai Aishah di dalam siri drama Nur.

Baru-baru ini, Vieura Group Sdn Bhd, telah melantik Noorkhiriah, 44, sebagai duta rasmi untuk jenama produk minuman kesihatan, Vieura.

 

Pengasas produk tersebut, Ahmada Muazzam Muhammad Tasaki Kamarsyah memilih Noorkhiriah kerana beliau mempunyai komunikasi yang baik dan mudah mendekati golongan wanita.

Justeru itu, Vieura Group Sdn Bhd berharap untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum selepas perlantikan Noorkhiriah sebagai duta.

Sebelum dilantik sebagai duta, Noorkhiriah juga telah mengamalkan produk Vieura secara konsisten dan memberikan kesan positif terhadap kesihatan dirinya.

Untuk memberi kesedaran lebih lagi kepada orang ramai, beliau bersetuju untuk menjadi Duta Rasmi Vieura.

“Jujur saya katakan, saya tidak akan sesekali mempromosikan produk yang tidak memberi kesan positif kepada saya, tetapi jika didapati bermanfaat maka saya akan kongsikan kepada umum dan atas dasar inilah saya menerima tawaran sebagai duta Vieura.” Ujarnya.

Menurut founder syarikat Vieura Group Sdn. Bhd, sudah 5 tahun mereka berada dalam pasaran Malaysia bermula dengan pengeluaran produk sulung iaitu Al Wiqoyah, yang memfokuskan kepada kesihatan buah pinggang.

 

Disebabkan melihat ramai yang terpaksa bergantung kepada rawatan dialisis sehingga akhir hayat, founder menjadikan masalah terbabit untuk membantu para pesakit untuk keluar dari belenggu berkenaan.

Jus Alwiqoyah dikatakan mampu untuk mengembalikan tenaga kepada mereka yang keletihan sesudah menjalani dialisis. Setelah itu, rangkaian G-Asfal pula dikeluarkan pada 2020 yang memfokuskan kepada penyakit kencing manis dan juga urat saraf.

Dengan nada gembira, pengasas syarikat, Ahmada Muazzam Muhammad Tasaki Kamarsyah memaklumkan kini mereka mempunyai hampir 5000 ejen termasuk stokis di seluruh Malaysia.

Lebih mengagumkan ramai dari ejen jualan di Vieura Group Sdn. Bhd mampu membuat duit poket melebihi gaji bulanan mereka sehinggakan mampu membeli rumah, tanah dan kereta hasil dari menjual produk-produk ini.

Produk-produk keluaran Vieura seperti Alwiqoyah dan G-Asfal dihasilkan dengan menggunakan Arabic gum, Roselle dan kunyit hitam dikatakan telah membantu ramai individu yang mempunyai masalah komplikasi buah pinggang, darah tinggi, kencing manis.

Selain itu, produk Vieura juga dikatakan membantu mengembalikan tenaga kepada pengguna.

Terdahulu, Vieura Group Sdn. Bhd pada 2021 telah mencapai jualan sebanyak RM64 juta.

Scroll to Top