hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa membelasah seorang wanita sehingga cedera dalam kejadian di sebuah kondominium di Damansara, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat wanita berkenaan.
“Polis ada menerima laporan berhubung kejadian, satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), semalam.
Terdahulu, mangsa memuat naik pendedahan menjadi mangsa pukul, malah pernah dicekik oleh aktor berusia 30-an terbabit sewaktu menjadi kekasihnya.
Wanita berkenaan memuat naik pendedahan itu di Instagram dan berkongsi beberapa foto memaparkan kecederaan dialaminya akibat keganasan dilakukan pelakon berkenaan.
Dia turut berkongsi gambar kecederaan di bahagian mata dan badan yang didakwa dilakukan aktor terbabit.
© New Straits Times Press (M) Bhd