Pelakon baharu, Hariz Hamdan tak kisah tayang badan – “Saya tetap jaga maruah”

Pelakon baharu, Hariz Hamdan tak kisah tayang badan – “Saya tetap jaga maruah”

Pelakon baharu, Hariz Hamdan memilih untuk bersikap terbuka bagi menjayakan watak yang memerlukan dia menayang tubuh badan dalam mana-mana drama dilakonkannya.

Menurut laporan Astro Gempak, pelakon berusia 20 tahun itu berkata, dia bagaimanapun masih mengambil kira soal maruah dirinya supaya tidak terjadi perkara berlebih-lebihan.

“Pada saya sebagai seorang pelakon, apa yang di minta pihak pengarah saya akan bagi sahaja, itu adalah sebahagian daripada kerja pelakon.
“Pengarah minta saya buka baju, saya akan bukalah tetapi tidak berlebihan. Ada satu drama yang saya pernah buka baju, itu pun mengambil masa yang lama juga saya berbincang dengan pengarah.
“Sebagai manusia saya perlu pegang pada hak saya, ada limitnya. Saya tetap akan jaga maruah saya, bukan buat apa sahaja demi job,” katanya kepada Astro Gempak baru-baru ini.

Sebelum ini, bekas peserta Hero Remaja 2020 itu pernah melakonkan babak demikian menerusi drama berjudul Biarkan Ia Pergi yang disiarkan di slot Samarinda TV3 pada Ogos lalu.

Sementara itu, Hariz juga memaklumkan dia akan membintangi sebuah drama terbaharu yang turut dijayakan oleh pelakon Nad Zainal, Syukri Yahya dan ramai lagi.

Sumber: Astro Gempak (Shahrin Zulkifle) , Instagram Hariz Hamdan

Scroll to Top