Satu demi satu kisah hitam institusi keagamaan terdedah. Di Lombok Barat, Indonesia, seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Walid’ dan memegang jawatan tinggi dalam yayasan sebuah pondok agama kini berdepan tuduhan melakukan keganasan seksual terhadap hampir 20 pelajarnya.
Menurut laporan Gelora, suspek memperdaya pelajarnya dengan alasan kononnya mahu melakukan proses ‘pensucian rahim’.
Pelajar dedah perbuatan jijik ‘Walid’…

Lebih mengejutkan, dia mendakwa bahawa proses itu akan menjadikan anak-anak mereka kelak sebagai wali.
Pelajar tersebut dijanjikan akan melahirkan anak yang menjadi seorang wali.
Perbuatan terkutuk itu dikatakan dilakukan sejak tahun 2016 lagi dan berlaku di sebuah bilik khas dalam kawasan pondok. Suspek dipercayai mengambil kesempatan pada waktu malam ketika pelajar lain sedang tidur.
Mangsa mula berani bersuara lepas lihat drama Bidaah…

Setakat ini, tujuh daripada mangsa telah tampil membuat laporan polis walaupun dianggarkan hampir 20 orang telah menjadi mangsa.
Apa yang lebih menyentuh hati, keberanian mereka untuk melaporkan kejadian ini datang selepas menonton sebuah drama Malaysia bertajuk ‘Bidaah’ yang secara tidak langsung memberi inspirasi untuk bersuara.
Kerana drama Walid ini mereka berani untuk speak up. Sebahagian mangsa mengaku diperkosa, manakala selebihnya dicabul.
Kes disiasat, lebih ramai mangsa dijangka akan buat laporan…
Kes kini sedang disiasat oleh pihak Unit Perlindungan Perempuan & Anak (PPA) Polresta Mataram. Pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai mangsa bakal tampil memberikan keterangan.
Kejadian ini sekali lagi membangkitkan persoalan tentang kepercayaan yang diberikan kepada institusi agama dan pentingnya pemantauan serta pendidikan yang lebih holistik terhadap pelajar, guru dan pentadbir.
Pssttt! Kepercayaan dalam institusi agama sememangnya penting, tetapi jangan sesekali menutup mata terhadap penyalahgunaan kuasa. Mangsa perlu berani untuk bersuara, dan masyarakat pula perlu memberi sokongan penuh. Jangan biarkan pemangsa terus bersembunyi di sebalik imej ‘alim’ atau ‘tokoh’.