Pekerja pemunggah air batu maut dihempap lori

Pekerja pemunggah air batu maut dihempap lori

am@.hmetro.com.my

Pontian: Seorang lelaki maut apabila lori muatan air batu menghempapnya di Jeti Kukup Laut, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.15 pagi dimaklumkan lelaki berusia 64 tahun itu dihempap lori ketika memunggah air batu di lokasi berkenaan.

“Kejadian berlaku disebabkan lantai konkrit di situ tiba-tiba runtuh menyebabkan lori itu terbalik dan menghempap mangsa.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan tiada sebarang unsur jenayah berlaku,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Sarjan Shahibul Hamdi Derama di talian 018-2714199.

Operasi mengeluarkan mayat mangsa dilakukan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru dan operasi tamat pada 9.21 pagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top