Pekerja maut dihempap timbunan kayu

Pekerja maut dihempap timbunan kayu

am@hmetro.com.my

Manjung: Seorang pekerja lelaki maut selepas dihempap timbunan kayu di sebuah kilang kayu dekat Ayer Tawar, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan berkenaan kejadian itu pada jam 11.20 pagi

Menurutnya, mangsa berusia 41 tahun itu adalah pemandu lori yang bekerja di kilang kayu terbabit.

“Saksi kejadian yang juga majikannya memaklumkan terdengar bunyi dentuman kayu jatuh dan ternampak mangsa di bawah timbunan kayu, lalu segera membantu mengalih kayu itu.

“Mangsa berjaya dibawa keluarkan dari timbunan kayu, namun didapati tidak memberikan sebarang tindak balas.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian kes itu memandangkan kes masih dalam siasatan pihak polis.

© New Straits Times Press (M) Bhd