Seorang peguam dari Korea Selatan memohon mangsa penipuan influencer Kim Seri tampil ke hadapan jika ingin mengambil tindakan undang-undang.
BACA: Kim Seri Hanya Mampu Mohon Maaf Sekali Lagi
Menerusi hantaran video di TikTok, peguam menjelaskan tindakan lanjut boleh diambil terhadap Kim Seri jika influencer terbabit masih berada di Korea.
Boleh ke saman Kim Seri di Korea?
Namun, peguam memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti jika penipuan benar-benar berlaku.
Jelasnya, ejen pelancongan boleh melakukan dianggap melakukan penipuan jika tidak menyediakan khidmat seperti yang diiklankan.
Ejen pelancongan juga dianggap menipu jika menyediakan tempat tinggal atau tiket pelancongan yang tidak tepat seperti tertulis di dalam kontrak.
Kim Seri harus berada di Korea untuk tindakan lanjut
Namun, jika kes ini melibatkan kualiti perkhidmatan yang kurang memuaskan, ianya tidak boleh dianggap sebagai satu penipuan. Namun, pelanggan boleh mendakwanya di atas kesalahan jenayah sivil.
Sama ada ianya penipuan atau tidak, ianya bergantung kepada ejen pelancongan itu. Adakah dia benar-benar menyediakan perkhidmatan itu atau tidak? Jika Kim Seri menyediakan khidmat itu walaupun tidak memuaskan, ianya bukan kes penipuan.
Ujar peguam ini, dia boleh mengambil tindakan terhadap Kim Seri jika influencer berkenaan berada di Korea buat masa ini.
Jika Kim Seri tiada di Korea, terdapat beberapa kekangan untuk pihak polis melakukan penahanan atau pihak peguam untuk mendakwanya.
#ApaKataOhmedia
Sebelum ini, Kim Seri berjanji untuk melunaskan hutang pada 1 Februari 2025. Namun, sehingga ke hari ini bayaran belum dibuat dan Kim Seri hanya mampu memohon maaf.
Sebagai langkah terakhir, pelanggan yang tertipu bolehlah menghubungi peguam di Korea ini untuk tindakan lanjut. Pastikan beserta bukti ya!
![Peguam Korea Selatan Jelaskan Isu Scammer Kim Seri Peguam Korea Selatan Jelaskan Isu Scammer Kim Seri](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-kim-seri-1000x600.jpg)