Peguam Asiah Jalil Persoalkan Tindakan Ellie Suriaty Minta Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf – “Tiada Apa Yang Fitnah Dalam Video Parodi Itu”

Peguam Asiah Jalil Persoalkan Tindakan Ellie Suriaty Minta Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf – “Tiada Apa Yang Fitnah Dalam Video Parodi Itu”

Heboh di media sosial berhubung isu antara pelakon senior, Ellie Suriaty yang telah meminta ibu bapa pempengaruh sensasi, Imran Bard memohon maaf kepadanya atas dakwaan telah mencemarkan nama selebriti itu.

Susulan itu, seorang peguam yang dikenali sebagai Asiah Abd Jalil tampil menyuarakan pendapat peribadinya mengenai isu tersebut.

Asiah mendakwa Ellie tidak sewajarnya perlu tersinggung dengan ‘content’ parodi Imran yang dianggap hanya sekadar hiburan semata-mata, selain turut mengatakan bahawa kandungan sedemikian tidak termaktub di bawah Rang Undang Undang (RUU) pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Semua orang tahu itu ‘content’ parodi saja. Dalam video yang lain, Imran Bard sebut nama orang lain juga. Cuma Ellie Suriaty sorang yang sentap, aneh.

“Tiada apa yang fitnah dalam video parodi tersebut.  Semua orang tahu, Ellie Suriaty bukan penyanyi, bukan peserta rancangan realiti nyanyian. Imran Bard hanya buat ‘content’ santai untuk hiburan semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, Asiah turut menjelaskan Ibu bapa Imran tidak seharusnya terbabit dalam isu tersebut memandangkan pempengaruh itu sudah dewasa.

“Imran Bard bukan kanak-kanak. Di bawah undang-undang, kesalahan Imran Bard (jika ada) tidak boleh dipalitkan kepada ibu bapa. Ellie Suriaty tiada hak untuk buat ‘demand’ begitu,” katanya.

Terdahulu, Ellie Suriaty atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mengadakan sidang media pada Khamis bagi meluahkan rasa kurang senang terhadap kandungan yang dihasilkan oleh Imran Bard.

Menurut Ellie, kandungan tersebut telah mencalarkan reputasi yang dibinanya selama lebih tiga dekad dalam industri seni. Dalam sidang media itu, beliau turut meminta agar ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas tindakan pempengaruh tersebut.

Artikel Berkaitan: Maruah Tercalar, Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Minta Maaf – “Saya Tak Reda & Dah Buat Laporan Polis!”

Artikel Berkaitan: Imran Bard Respons Tuntutan Ellie Suriaty Minta Ibu Bapa Minta Maaf – “Saya Hormat Dia Sebagai Orang Tua”

Scroll to Top