Pegawai sukan Somalia digantung, atlet ‘joging’ dalam acara 100m

Pegawai sukan Somalia digantung, atlet ‘joging’ dalam acara 100m

CHENGDU, China: Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia, Khadijo Aden Dahir digantung selepas menghantar atlet tidak terlatih dalam acara 100 meter (m) dalam Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China.

Nasra Abukar mengambil masa 21.81 saat (s) untuk menamatkan larian 100m wanita, Selasa lalu – 10.23s di belakang pemenang perlumbaan yang merakam 11.58s.

Rakaman larian perlumbaan melibatkan wanita berusia 20 tahun itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Video tersebut menerima kecaman hebat hingga mendorong Menteri Sukan Somalia, Mohamed Barre Mohamud membuat permohonan maaf.

Mohammed Barre yang tidak tahu mengenai pemilihan Abukar mengarahkan siasatan dilakukan.

Kementerian itu kemudian meminta Jawatankuasa Olimpik Somalia untuk menggantung Khadijo atas dakwaan penyalahgunaan kuasa, nepotisme dan memalukan nama baik negara.

Menurut pengguna media sosial, Abukar dipercayai anak saudara pengerusi persekutuan itu. – AGENSI

Scroll to Top