Pegawai bomba maut kemalangan ketika pulang kerja

Pegawai bomba maut kemalangan ketika pulang kerja

am@hmetro.com.my

Pendang: Pegawai Bahagian Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Choras, di sini, hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Arizal Mahmud, 54, disahkan meninggal dunia pada jam 8.35 malam di Hospital Pendang, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Ahmad Huzaini Halil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada BBP Pendang memaklumkan pegawainya terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal.

“Setibanya di lokasi, mangsa yang menaiki motosikal Honda ADV diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Pendang dengan menaiki Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) BBP Pendang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Seorang lagi lelaki berusia 30-an yang menunggang motosikal Yamaha LC135 pula tidak mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun Arizal disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian dan jenazahnya kini berada di Hospital Pendang sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Ahmad Huzaini berkata, Arizal dipercayai dalam perjalanan pulang dari kerja dari BBP Pendang.

Β© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top