Pearly-Thinaah tumbangkan lagi juara Terbuka Malaysia

Pearly-Thinaah tumbangkan lagi juara Terbuka Malaysia

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menceriakan kem negara apabila menjadi wakil pertama ke separuh akhir Masters Indonesia, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kedua kejohanan, Pearly-Thinaah menepati ramalan untuk menang straight set ke atas juara Terbuka Malaysia 2025 dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumo 21-15, 21-16 pada suku akhir yang berlangsung Istora Senayan, Jakarta, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan mereka mengulangi pencapian minggu lalu menewaskan Fukushima-Mayu di Terbuka India pada peringkat yang sama.

Pearly-Thinaah juga membuktikan mereka berada di prestasi terbaik selepas menempah tiket ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut.

Pada peringkat seterusnya esok, wakil negara itu akan berdepan sama ada gandingan Korea Selatan, Lee Yeon Woo-Lee Yu Lim atau pasangan Taiwan, Chang Chingo Hui-Yang Ching Tun untuk mencari slot ke final.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top