PDRM tak rela tewas lagi

PDRM tak rela tewas lagi

sukan@hmetro.com.my

Seremban: Selepas tewas empat kali berturut-turut di Liga Super, PDRM FC kini bertekad untuk bangkit mencipta kemenangan pada pertembungan dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu ini.

Skuad bimbingan Eddy Gapil itu berharap kelebihan beraksi di laman sendiri kali ini mampu membawa tuah buat mereka dengan meraih tiga mata selepas pasukan itu keciciran mata yang banyak dalam perlawanan terdahulu.

Pemain tengah pasukan itu, Shafizi Iqmal Khirudin jelas mahu memberikan persembahan terbaik bagi membantu memastikan pasukannya dapat bangkit meraih kemenangan, sekali gus mempertahankan kedudukan pasukan dalam carta liga, yang kini dilihat sedikit tergugat susulan kekalahan demi kekalahan dialami.

“Pasukan telah kehilangan banyak mata dalam perlawanan terdahuku, jadi perlu bangkit mempamerkan persembahan terbaik dalam pertembungan dengan Negeri Sembilan di laman sendiri, Sabtu ini.

“Kekalahan dalam tujuh perlawanan berturut-turut jelas merugikan pasukan, oleh itu kami perlu menggunakan peluang kali ini dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan tiga mata,” kata Shafizi Iqmal, hari ini.

Pemain berpengalaman berusia 25 tahun ini berharap rakan-rakannya dalam skuad Sang Saka Biru dapat bersama memainkan peranan agresif dan memberikan tumpuan lebih 100 peratus bagi menyekat setiap gerakan dan serangan pasukan Hobin Jang Hobin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top