“Pastikan Tangan Bersih, Minta Izin Sebelum Dukung Anak Saya”

“Pastikan Tangan Bersih, Minta Izin Sebelum Dukung Anak Saya”

Pelakon Puteri Aishah berkata dia kini lebih berhati-hati sebelum membenarkan mana-mana individu menyentuh bayinya selepas berdepan pengalaman anaknya sakit.

Menerusi Insta Story, Aishah berkata dia mengambil pendekatan berkenaan kerana tidak mahu kejadian anaknya masuk hospital berulang serta meminta orang sekelilingya memahami.

BACA: Tak Mengidam Pelik-Pelik, Puteri Aishah Cuma Teringin Kek Tapak Kuda

“Tolonglah faham, saya bukannya tidak izinkan kawan-kawan atau ahli keluarga pegang anak saya. Tetapi tolong pastikan awak semua tidak merokok dan tangan dalam keadaan bersih.

“Anak saya pernah masuk NICU (Unit Rawatan Rapi Neonatal) disebabkan orang luar menciumnya berulang kali,” katanya.

Sementara itu, Aishah berkata dia turut meminta mereka yang mahu mendukung anaknya untuk minta izin terlebih dahulu dan tidak terasa jika tidak diizinkan.

“Tolong faham perkara ini dan minta izin terlebih dahulu sebelum nak dukung anak saya. Kalau saya tidak izinkan, tolong jangan terasa. Kadang-kadang mood dia pun tidak menentu. Kalau menangis bukannya awak pujuk, saya juga yang kena buat,” katanya.

Aishah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus pada November 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Faliq.


Scroll to Top