Pasir Putih dijangka dilanda banjir

Pasir Putih dijangka dilanda banjir

PETALING JAYA: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) mengeluarkan amaran banjir di daerah Pasir Putih, Kelantan membabitkan beberapa kawasan susulan kenaikan paras air di Sungai Semerak yang melebihi paras bahaya.

Berdasarkan amaran dikeluarkan itu, banjir dijangka berlaku hari ini sehingga Jumaat.

Kawasan yang dijangka terbabit banjir adalah Kampung Baru, Kampung Gong Serapat, Kampung Pasir Puteh, Kampung Gong Chepa, Kampung Jelor, Kampung Nara, Kampung Pulau Sa, Kampung Kulim, Kampung Nering, Kampung Raja, Kampung Tok Sudin, Kampung Sungai Kelong dan Kampung Batu Hitam.

Turut disenaraikan adalah Kampung Saring, Kampung Temila, Kampung Wakaf Bunut, Kampung Panggong Tiga Daerah, Kampung Daran Buaya, Kampung Telipot, Kampung Chengal Pulas, Kampung Bukit Gedombak, Kampung Kamil, Bandar Lama Pasir Puteh, Kampung Kelubi, Bandar Baru Pasir Puteh, Kampung Wakaf Tukup, Kampung Gong Pasir, Kampung Batu Berendam, Kampung Sungai Gali dan Kampung Bukit Awang.

“Susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) semalam serta status air sungai yang diramalkan menaik dan akan melebihi aras bahaya, diramalkan banjir akan berlaku di beberapa kawasan di jajahan Pasir Puteh yang berada dalam lingkungan 5 kilometer dari Sungai Semerak.

“Banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan sekiranya hujan signifikan berlaku di kawasan tersebut,” kata amaran tersebut.

Scroll to Top