Pasca CSOIAM, Rezza Shah Lancarkan ‘Mungkin’… Tonjolkan Kematangan Dalam Single Baharu

Pasca CSOIAM, Rezza Shah Lancarkan ‘Mungkin’… Tonjolkan Kematangan Dalam Single Baharu

Selepas tamatnya program realiti Calpis Soda One in a Million, penyanyi Rezza Shah muncul dengan single terbaharu berjudul Mungkin.

Lagu Mungkin dicipta oleh komposer Rudy Nastia, Ku Yen, Barr Hadif dan Kelana, manakala liriknya pula hasil nukilan oleh Ku Yen, Jebat Asmara dan Rudy Nastia.

“Alhamdulillah, selepas menempatkan diri dalam Top 8 CSOIAM, kini saya muncul dengan single baharu. Lagu Mungkin ini agak istimewa kerana ia menonjolkan kematangan saya.

“Menerusi lagu Mungkin, saya berharap dapat berkongsi kisah dan inspirasi dengan semua peminat, sambil mengasah bakat saya dalam industri muzik,” katanya.

Tidak hanya terlibat dalam bidang nyanyian, Rezza juga semakin aktif menghiasi kaca televisyen sebagai pelakon.

Baru-baru ini, drama lakonan Rezza, Wanita Milik Kaiden bersama Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Shah Jaszle selaku teraju utama baru sahaja habis bersiaran di slot Akasia TV3.

“Menerusi Wanita Milik Kaiden, saya memegang watak Eidlan. Sejak drama bersiri terbabit ditayangkan, ramai memanggil saya dengan nama Eidlan. Saya sendiri tak sangka.

“Berlakon juga menjadi salah satu minat saya dan setakat ini, saya sudah membintangi beberapa drama.

“Dengan bakat yang ada, saya mahu menjadi seorang penghibur yang disegani dan berilmu dalam kedua-dua bidang,” katanya lagi.

Scroll to Top