Pasangan kekasih minum racun sampai mati akibat lamaran ditolak – Utusan Digital

Pasangan kekasih minum racun sampai mati akibat lamaran ditolak – Utusan Digital

ISLAMABAD: Sepasang kekasih di Pakistan nekad membunuh diri dengan minum racun kerana tidak direstui ibu bapa masing-masing untuk melangsungkan pernikahan.

Lapor Daily Star, mangsa dikenal pasti sebagai Muqaddas dan Adnan dan kedua-duanya memilih cara tragis itu kerana perempuan itu hendak dinikahkan dengan lelaki pilihan ibu bapanya.

Insiden seperti pasangan Romeo dan Juliet itu berlaku ketika persiapan majlis pernikahan Muqaddas dilakukan dengan calon suami serta ahli keluarganya sudah berkunjung tiba.

Mangsa dibawa ke hospital tetapi disahkan maut semasa dalam perjalanan.

Dalam kes serupa pada 2016, pasangan kekasih maut selepas minum racun di Sargodha akibat rancangan mereka untuk bernikah ditolak.

Pada 2017, sepasang kekasih di Gujranwala dilaporkan membunuh diri dengan melompat ke arah kereta yang sedang dipandu di jalan raya.

 

Scroll to Top