Pasangan kekasih jual topi keledar tiruan kena tahan

Pasangan kekasih jual topi keledar tiruan kena tahan
Pasangan kekasih jual topi keledar tiruan kena tahan

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Pasangan kekasih aktif menjual topi keledar berjenama Arai disyaki tiruan di aplikasi TikTok dan Facebook (FB) akhirnya ditahan pihak berkuasa, semalam.

Mereka ditahan dalam serbuan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah bersama wakil syarikat di sebuah rumah di bandar ini.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan itu selepas aduan dan hasil risikan yang dilakukan sejak Februari lalu.

“Pemeriksaan lanjut di dalam premis menemukan 95 topi keledar, 133 unit beg sarung topi keledar dan lain-lain barangan yang mempunyai label jenama yang disahkan tiruan oleh wakil syarikat.

“Semua barangan disita dengan nilai rampasan dianggar RM16,248 dan pasangan berusia 30-an itu ditahan. Mereka dilepaskan selepas diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan orang ramai dinasihat agar tidak menjual atau menawarkan apa-apa barangan yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat sebarang kegiatan mencurigakan boleh menyalurkannya menerusi semua saluran aduan rasmi KPDN atau pejabat KPDN Kedah di talian 04-7001745, “katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd