Pang Ron-Su Yin juarai Cabaran Antarabangsa Malaysia 2023

Pang Ron-Su Yin juarai Cabaran Antarabangsa Malaysia 2023

Pang Ron (kanan) dan Su Yin berjaya mengharumkan nama negara selepas menjuarai kategori beregu campuran sempena kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia 2023 Petronas di Arena Badminton Perak, Ipoh pada Ahad.

BEREGU campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin unggul apabila berjaya menjuarai kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia 2023 Petronas di Arena Badminton Perak, Ipoh pada Ahad.

Pang Ron-Su Yin menewaskan regu dari Chinese Taipei, Lin Yu Chieh dan Hsu Yin-Hui dengan straight set dalam masa 36 minit.

Set pertama menyaksikan beregu negara menang 21-17 sebelum menamatkan saingan dengan keputusan 21-17.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Muhammad Fazriq Mohamad Razif-Wong Vin Sean terpaksa akur dengan kehebatan regu dari Jepun Takuto Inoue-Masayuki Onodera yang menjuarai kategori beregu lelaki dalam kejohanan berkenaan.

Scroll to Top