Panel dinding Stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa – Rapid Rail

Panel dinding Stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa – Rapid Rail

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Panel dinding di Stesen Masjid Jamek, di sini hari ini runtuh akibat hujan lebat, petang tadi.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan LRT dalam kenyataan memaklumkan, panel itu runtuh ketika hujan sedang melanda pada jam 4.04 petang.

“Bagaimanapun, insiden terbabit tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.

“Perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan untuk ke destinasi yang dituju,” katanya.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail.

“Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian tersebut secara terperinci untuk memastikan struktur binaan Stesen Masjid Jamek selamat.

“Anggota polis bantuan tambahan ditempatkan di stesen berkenaan bagi melancarkan pergerakan penumpang,” katanya.

Katanya, Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang ketika ini.

“Sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini menerusi laman media sosial Rapid KL,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top