Panel dinding di Stesen LRT Masjid Jamek dilaporkan runtuh akibat hujan lebat dan ribut yang melanda ibu negara petang semalam.
Menurut laporanĀ Kosmo, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan struktur binaan stesen tidak mengalami kerosakan besar dan perkara ini disahkan sendiri Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dalam satu kenyataan.
Tren masih beroperasi seperti biasa

Rapid Rail memaklumkan bahawa perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa, dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan tanpa sebarang gangguan.
Ketika ini, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna.
Satu jawatankuasa khas juga telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian secara terperinci.
Kawalan keselamatan di Stesen LRT Masjid Jamek diperketatkan

Bagi melancarkan pergerakan penumpang, anggota polis bantuan tambahan ditempatkan di kawasan stesen.
Rapid Rail turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna dan akan memberikan kemas kini terkini menerusi media sosial Rapid KL.
#ApaKataOhmedia
Pengguna LRT Masjid Jamek dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berada di kawasan stesen, terutama dalam cuaca buruk. Sentiasa patuhi arahan keselamatan dan ikuti perkembangan terkini daripada Rapid KL untuk sebarang maklumat lanjut!
