PETALING JAYA: Panasonic Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan rangkaian produk terbaharu merangkumi sembilan kategori sebagai usaha berterusan syarikat dalam membantu pengguna menikmati kehidupan yang lebih baik.
Ini selari dengan slogan iklan jenama terbaharu syarikat, “Create Today. Enrich Tomorrow.”
Panasonic menekankan kesejahteraan holistik kepada pengguna melalui penggunaan produk bermanfaat dan bermutu tinggi.
Antara 45 produk baharu ditawarkan termasuklah Peti Sejuk, Penapis Air, Periuk Nasi, Mesin Basuh, Pancuran Mandian Rumah, TV, Fon Kepala, Pembersih Vakum dan Kipas Siling.
Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Keisuke Nishida berkata matlamat syarikat Panasonic sejak dahulu lagi adalah untuk menyumbang kepada masyarakat.
“Slogan iklan yang baharu ini benar-benar melambangkan hasrat kami untuk mempertingkat mutu kehidupan pengguna di serata dunia, setiap hari.
“Hasrat ini juga dicapai berbekalkan dedikasi untuk mencipta produk bermutu tinggi yang memperbaiki kesejahteraan peribadi mereka, ” katanya ketika majlis pelancaran produk khamis lalu.
Seiring dengan kesedaran terhadap keperluan mengamalkan kehidupan sihat yang menekankan kebersihan, Panasonic tekad membantu penduduk Malaysia “Kekal Selamat Setiap Hari” dengan produk baharu mereka yang menawarkan perlindungan 360°.
Nishida berkata keluarga Malaysia merentasi generasi telah menggunakan Panasonic sebagai jenama yang dipercayai untuk memenuhi keperluan rumah dan gaya hidup mereka selama lebih satu abad.
“Ini menjadi bukti keyakinan yang dimiliki mereka terhadap jenama kami, dan menjadi pembakar semangat dan ilham untuk kami terus mereka produk bersesuaian serta solusi yang memperkaya kehidupan dan kesejahteraan pengguna, ” tambahnya.
Produk baharu yang dilancarkan hari ini terbahagi kepada tiga kategori kesejahteraan iaitu Kesejahteraan Dalaman, Luaran dan Ruang.
Kesejahteraan Dalaman melalui dapur masa hadapan
Memandangkan kesejahteraan bermula dengan pemakanan sihat, Panasonic percaya bahawa ruang dapur perlu dilengkapi solusi memasak mudah akses membolehkan pemakanan berkhasiat dengan ruang penyimpanan produk segar.
Peti Sejuk PRIME+ Edition (NR-YW590YMMM) ialah pembantu setia di dapur buat mereka yang mengidamkan gaya hidup sihat dengan teknologi PRIME Freeze yang dapat membekukan makanan sehingga lima kali lebih pantas berbanding sistem pembekuan lazim.
Bahkan, teknologi ini juga dapat memastikan kesegaran dan khasiat makanan yang dibekukan.
Pada hari berjadual padat, menyediakan makanan berkhasiat dalam masa singkat juga menjadi tugas mudah dengan fungsi PRIME Fresh yang dapat memastikan makanan dibeku lembut pada suhu -3°C, seterusnya mengurangkan tempoh nyahbeku.
Fungsi nanoe™ X terbina dalam membantu meleraikan sisa racun perosak pada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sementara itu, Periuk Nasi Pemanas Aruhan (IH) Rendah Gula (SR-HL151KSK) pula dapat mengurangkan kandungan kanji bagi menyediakan alternatif lebih sihat untuk seisi keluarga, terutama pesakit kencing manis atau individu yang ingin mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
Dilengkapi pelbagai fungsi memasak dan 11 menu mudah akses, periuk nasi Panasonic direka supaya berciri moden dan minimal, sekali gus menonjolkan keunikan di kaunter dapur.
Bukan itu sahaja, Panasonic juga memperkenalkan Pengion Beralkali Panasonic (TK-AS700-WMA) bagi memastikan air minuman kekal selamat dan bersih untuk seisi keluarga.
Ia mengandungi sistem penapis air 4 peringkat yang canggih dan berupaya menyingkirkan 19 bahan berbahaya, dan 99.9 peratus virus dan bakteria.
Kesejahteraan Luaran melalui kebersihan fizikal yang terbaik
Tidak dinafikan yang sebahagian besar kebersihan berasal daripada pemakaian pakaian yang bersih.
Oleh itu, Panasonic memperkenalkan Mesin Basuh dan Pengering Panasonic (NA-S106FR1BM) baharu yang dilengkapi teknologi antibakteria yang kental bagi memastikan pakaian harian kekal bersih dan disanitasi untuk kesejahteraan.
Teknologi asli Blue Ag+ menyingkirkan 99.99 peratus bakteria dan membawa kesan antibakteria yang berkesan kepada kitaran pembersihan biasa, dengan menampilkan cahaya UV dan ion Ag.
Ini disokong oleh StainMaster+ yang mempunyai fungsi pencucian panas untuk menghilangkan kotoran degil, serta menghapuskan bakteria dan 99 peratus alergen.
Sementara itu, teknologi Hybrid Dry pula meringankan beban ketika menjaga pakaian, sama ada di fasa mencuci atau mengering.
Ciri Auto TubCare pula membolehkan pengguna membersihkan tab mesin basuh semasa kitaran basuh dengan cahaya UV, serta menawarkan pencucian baju dengan bersih secara mudah dan berkesan.
Bagi keluarga yang lebih suka mesin basuh berbanding mesin basuh dan pengering tetapi masih mahukan keupayaan pengeringan yang baik, Mesin Basuh (NA-V10FR1) baharu mempunyai fungsi Dry Assist dengan Hybrid Dry Lite yang dilengkapi dengan pemanas.
Ini amat berguna untuk pakaian harian yang perlu dipakai secepat mungkin seperti pakaian seragam, pakaian kerja dan pakaian sukan.
Tubuh badan sihat juga menjadi asas kesihatan fizikal, maka Panasonic memperkenalkan Pancuran Mandian Rumah Siri U (DH-3UDP1MZ) untuk memastikan pengalaman mandi harian bersih dan boleh dipercayai.
Menampilkan reka yang anggun, siri mandian rumah ini mempunyai sembilan ciri keselamatan termasuk pemanas kuprum tahan lama, Earth Leakage Breaker (ELB) terbina dalam dan struktur tertebat yang mencegah renjatan elektrik, kebakaran dan selaran, panel mandian dibina supaya kalis percikan air bagi memelihara keselamatan komponen dalaman.
Bahkan, dilengkapi dengan Bahan Kristal Ag+ bagi mencegah pertumbuhan bakteria, seterusnya memastikan pengalaman mandi yang santai tanpa kerisauan.
Kesejahteraan Ruang melalui persekitaran hidup yang lebih selesa
Demi melengkapi kehidupan selesa di samping selamat dan bersih, Panasonic turut memenuhi permintaan untuk hiburan definisi tinggi di ruang kediaman era digital.
Siri baharu televisyen Panasonic ini dilengkapi teknologi terkini yang digunakan dalam industri perfileman dan dibangunkan bersama studio filem di Makmal Panasonic Hollywood selama lebih daripada 20 tahun.
Panasonic bekerjasama dengan juruwarna profesional dari Hollywood untuk memastikan mutu imej yang tiada tandingan, di siri OLED 4K (TH-77LZ2000K).
Ini adalah OLED sama yang digunakan oleh studio filem di Hollywood dalam pasca produksi.
Untuk pengalaman audio yang memenuhi citarasa peribadi, Fon Kepala B100 Panasonic (RZ-B100WDE-K) memiliki rekabentuk ergonomik yang membolehkan pengalaman audio imersif penuh, dengan bateri yang menyediakan tempoh main semula berdurasi 16 jam.
Dilengkapi pemacu dinamik 13mm di setiap fon telinga, B100 memberi bunyi bass tambahan, bagi memberi keasyikan bunyi tanpa tandingan dalam pakej padat dan juga direka dengan menekankan prestasi, mematuhi standard tahan air dan habuk IPX4.
Untuk memastikan persekitaran kediaman selesa dan bebas daripada bahan pencemar dan habuk, Panasonic memperkenalkan Kipas Siling 5-bilah nanoe™ X (F-M15ME), yang menghalang bakteria, virus, kulat, alergen, debunga dan bahan berbahaya.
Kipas siling ini menggunakan sensor eko pintar, ECONAVI, untuk mengesan dan mengurangkan pembaziran tenaga secara pintar, menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 64 peratus.
ECONAVI adalah antara pelbagai inisiatif hijau Panasonic untuk memenuhi hasrat jangka masa panjang mencapai status Neutral Karbon dan Ekonomi Kitaran.
Sementara itu, Panasonic turut perkenalkan Pembersih Vakum Kanister Tanpa Beg Cyclone (MC-CL609HV47) untuk memastikan hidup lebih aman dengan persekitaran bersih.
Ia dilengkapi dengan Sistem Cyclone (Advanced MEGA Cyclone) inovatif yang dapat mengasingkan habuk dan udara dengan efisyen, serta menyimpan habuk dengan rapi di dalam ruang habuk besar 2.2 L.
Pembersih vakum turut menyediakan udara bersih melalui sistem tapisan tujuh lapis dilengkapi penapis HEPA bagi memerangkap partikel habuk sekecil 0.5 mikrometer ke dalam kotak habuk.
Ini sekali gus dapat memastikan kediaman kekal bersih untuk orang tersayang dan haiwan peliharaan yang dikasihi.
Dengan usaha tekad untuk menyediakan gaya hidup serba lengkap, selamat, sihat dan selesa di rumah, rangkaian produk Panasonic direka khas untuk mewujudkan kesejahteraan holistik buat pengguna.
Semua produk yang baru dilancarkan ini boleh didapati di semua pengedar sah Panasonic, serta platform dalam talian, kecuali mesin basuh, televisyen, fon kepala dan pengion beralkali yang boleh didapati mulai Oktober.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 45 produk dalam sembilan kategori, layari laman web Panasonic Malaysia.
Nota : Siaran media ini mengandungi maklumat yang bergantung kepada penyelidikan, kajian kolaboratif oleh pihak ketiga. Kesahihan maklumat mungkin berbeza secara relatif, berpandukan dapatan saintifik.
© New Straits Times Press (M) Bhd