Pan-gon tampil jelaskan maksud ‘bahaya’

Pan-gon tampil jelaskan maksud ‘bahaya’
Pan-gon tampil jelaskan maksud ‘bahaya’

Pertemuan Pan-gon (dua,kiri) dan Tunku Ismail (kanan) pada Selasa. Foto X HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon tampil meleraikan kekeliruan mengenai istilah ‘bahaya’ yang digunakannya ketika enggan mendedahkan sebab utama beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya, bahaya itu bukan mengenai kebimbangan tentang keselamatannya di negara ini sebaliknya berkaitan strategi dalaman pasukan yang disifatkan ‘bahaya’ sekiranya diketahui oleh orang luar.

Malah, beliau menyifatkan tahap penguasaan bahasa inggerisnya yang kurang baik menyebabkan timbul salah faham sehingga mengundang persepsi negatif.

Beliau menjelaskan perkara tersebut selepas perjumpaan dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim di sebuah hotel di ibu negara pada Selasa.

Perjumpaan itu turut disertai oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Sebelum ini, Pan-gon mengejutkan arena bola sepak negara apabila mengumumkan untuk tidak lagi membimbing Harimau Malaya berkuat kuasa serta merta dalam satu sidang akhbar khas pada Selasa.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian perkataan bahaya yang digunakan Pan-gon yang menjadi punca beliau meletakkan jawatan dan perkara itu hanya diketahui oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!