'Paling lewat umur 36 tahun dah kena kahwin' – Sophia Albarakbah

'Paling lewat umur 36 tahun dah kena kahwin' – Sophia Albarakbah

georgie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Sophia Albarakbah, 32, ingin mencari lelaki yang tidak semestinya kaya-raya tapi penuh sifat pemurah jika mahu berkahwin suatu hari nanti.

Sophia berkata, lelaki itu juga perlu diterima baik ibunya kerana paling penting dia mencari seseorang yang boleh menjaga dirinya dengan sebaik-baiknya.

“Saya kena cari lelaki yang ibu boleh rasa auranya okay. Pada masa sama, lelaki yang boleh menjaga saya bukan dari sudut kewangan saja tapi emosi juga.

“Tak semestinya lelaki itu kena kaya sangat. Kalau terlalu kaya tapi kedekut, tak boleh jadi juga. Kalau lelaki itu sederhana dan pemurah, dia pasti akan berbelanja untuk kita.

“Keluarga pun kena ‘ngam’ dengan lelaki itu. Sebab bila berkahwin, lelaki itu kena ‘berkahwin’ dengan keluarga saya juga,” katanya.

Sophia mengakui sedia untuk berkahwin jika sudah bertemu jodoh yang tepat. Tiada apa mengekangnya dalam bab jodoh, namun dia memang gigih fokus kerja.

“Sasaran saya sekarang adalah terus bekerja sampai demi kestabilan kewangan. Jodoh itu nanti-nantilah.

“Kalau nak cakap sudah sedia hendak berkahwin atau tidak, saya rasa okay saja tapi bila saya pun tidak tahu.

“Saya sasarkan berkahwin paling lewat usia 36 tahun, tapi itu hanya rancangan saya saja,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd