“Paling Latest Separuh Akhir GV11” – Suami Dakwa Dipukul Zehra Zambri Sebanyak 4 Kali

“Paling Latest Separuh Akhir GV11” – Suami Dakwa Dipukul Zehra Zambri Sebanyak 4 Kali

Suami kepada penyanyi Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang 3 tahun perkahwinan mereka.

Memetik Oh Bulan, Iqwan mendakwa Zehra pernah memukulnya sebanyak empat kali sehingga menyebabkan kecederaan dan sudah membuat laporan polis serta mempunyai bukti.

BACA: Ning Baizura, Ronnie, Reshmonu, Liza Aziz Antara 14 Peserta Berentap Di GV11

Sementara itu, Iqwan berkata alasan diberikan oleh isterinya untuk bercerai tidak munasabah serta mempersoalkan salahkah dirinya sebagai suami menegur Zehra menari terkinja-kinja.

“Hasrat dia nak jadikan saya duda terpaksa ditangguh, saya yakin dia juga tak sabar nak jadi janda. Tapi alasan yang diberikan tidak munasabah. Ada dua alasan yang saya nak sebut iaitu pertama, saya menyebabkan emosinya terganggu dan alami tekanan.

“Sebagai suami, salahkah ke saya tegur dia menari terkinja-kinja. Adakah disebabkan itu emosinya terganggu? Yang kedua, dia kata saya culas dalam tanggungjawab melindunginya dari segi mental dan fizikal.

“Nak cakap fasal fizikal, selama tiga tahun perkahwinan, saya dah empat kali kena pukul dengan Zehra. Ini bukan fantasi nakal atau seks ganas. Ini saya betul-betul dipukul. Saya ada loporan polis dan laporan kesihatan.

“Dia cakap fasal pengabaian fizikal tapi sebenarnya saya yang dipukul. Tapi kenapa pula saya yang dituduh buat pengabaian fizikal?” katanya.

Dakwa Iqwan lagi, kali terakhir dia dipukul ketika Zehra di minggu separuh akhir pertandingan Gegar Vaganza 11 serta menuduhnya ada skandal dengan wanita lain kerana ada peminat ‘like’ gambarnya di Instagram.

“Paling latest masa separuh akhir GV11, saya kena pukul sebab ada peminat dia like gambar saya dan Zehra menuduh saya ada skandal dengan wanita itu. Saya ada buat laporan polis ketika itu tapi polis beri saya dua pilihan sama ada nak tahan dia atau selesaikan isu secara suami isteri.

“Jadi saya pilih secara baik sebab taknak ganggu persembahannya. Tapi apa saya lakukan adalah laporkan keadaan saya kepada talian Nur.

“Sebelum itu, saya pernah kena pukul sebulan sebelum GV tapi saya tetap menyokong dan bawa dia ke sana sini masa GV. Kali pertama kena pukul saya tak ingat tapi kali kedua, saya dipukul sebab nak lindungi anak saya iaitu pada 11 Januari 2024,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan


Scroll to Top