Palestin pasukan misteri – Osmera

Palestin pasukan misteri – Osmera

SEPANG: Ketua jurulatih skuad bola sepak bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan, Osmera Omaro mengakui, pasukannya bakal berdepan cabaran sukar dijangka pada Kelayakan Piala Asia B-17 yang membuka tirai di Bogor, Indonesia esok.

Aksi pertama menentang Pa­lestin dan cabaran utama buat Osmera dalam merangka strategi bertemu pasukan timur te­ngah itu adalah kesukaran mendapatkan maklumat serta klip perlawanan mereka.

Begitupun, mujur pihaknya berjaya mendapatkan sedutan perlawanan pasukan itu ketika menyertai Piala Arab bulan lalu yang menyaksikan Palestin terkandas di peringkat kumpulan.

“Di peringkat remaja sangat sukar kerana kebanyakan perlawanan tidak banyak liputan atau siaran perlawanan yang boleh kita dapati.

“Tetapi kita bernasib baik menerusi beberapa saluran yang kita dapat, kita berjaya peroleh klip perlawanan Palestin di Piala Arab dan kita dapat melihat dan membuat analisis tentang perlawanan mereka yang tidak banyak beza dengan pemain kita,” jelas Osmera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

PEMAIN skuad bawah 17 tahun negara berlepas ke Bogor, Indonesia dari Sepang kelmarin untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia B-17 yang membuka tirai esok. –IHSAN FAM

Selain Palestin, persaingan Malaysia dalam kumpulan B boleh diibaratkan dalam kumpulan maut apabila diundi bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mengesahkan tempat dalam Piala Dunia B-17 di Peru tahun hadapan, serta tuan rumah, Indonesia dan Guam.

Baginya, kemenangan tipis 2-1 menentang Taiwan di Stadium UiTM Shah Alam kelmarin memberi gambaran mengenai pasukannya untuk menggarap strategi terbaik.

Osmera juga percaya anak-anak buahnya sudah lama ­melupakan episod hitami Piala AFF bulan apabila gagal mela­yakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Scroll to Top