Pakaian Keluarga Kak KM Ditegur Individu Bukan Islam, Ustazah Asma’ Beri Teguran

Pakaian Keluarga Kak KM Ditegur Individu Bukan Islam, Ustazah Asma’ Beri Teguran

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kecewa mendakwa penampilan usahawan Kak KM sekeluarga didakwa tidak menghormati bulan Ramadan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma turut terkesan apabila penampilan keluarga usahawan itu turut menerima teguran daripada individu bukan Islam.

BACA: Kak KM Beli Rumah RM1 Juta Untuk Setiap Anak

“Saya rasa malu bila baca komen teguran saudara bukan Islam kepada keluarga ini, kerana terlalu melampau dan hilang rasa malu yang asas sebagai manusia.

“Saya harap dan membayangkan mereka akan berpakaian lebih sopan di bulan Ramadan yang mulia, jika di bulan lain tidak boleh hormat hukum Allah, maka mungkin bulan ini meraka ada ‘rasa’ itu.

“Rupanya tidak. Tanpa segan silu, sama seperti si ibu, anak pula dipuji berpakaian nampak pusat dan sendat. Ditunjukkan secara terbuka, seolah bangga, walaupun semua komen adalah negatif, mereka tambah aktif,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menegaskan teguran yang diberikan bukan bertujuan untuk menghina atau memalukan sebaliknya sebagai usaha untuk mencegah kemungkaran.

“Ini bukan menghina atau memalukan, perlakuan mereka telah menghina diri sendiri, agama dan menghina bulan Ramadan.

“Ini juga bukan judge orang yang belum jelas, ini perbuatan yang terang nyata dan mempengaruhi serta beri kesan kotor kepada yang melihatnya.

“Akhir kata, kita sayang Muslim kita, kerana itu kita sangat inginkan kebaikan buat semua, maka kita terus mendoakan kebaikan buat semua, kita dan mereka sama-sama pencari Syurga Allah SWT,” tulisnya.

SUMBER: Facebook Ustazah Asma’


Scroll to Top