Pempengaruh media sosial dan anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi perhatian ramai apabila tular video memaparkan dia menyarung jubah graduasi.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Cik B dilihat mengenakan jubah konvokesyen serta mortar board di kepalanya.
Dapat dilihat, Cik B juga sedang memegang skrol berwarna merah dan bergambar bersama ibunya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya sama ada Cik B sudah pun konvokesyen sedangkan baru saja melanjutkan pengajian pada Oktober lalu.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Cik B hanya mengikuti kursus jangka pendek. Sementara itu, ada yang mendakwa Cik B graduasi dengan cepat kerana mempunyai banyak wang.