Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Fazura mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran untuk puteri sulungnya iaitu Nur Fatima di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Menerusi hantaran di aplikasi TikTok, pelakon berusia 39 tahun itu memuat naik satu video memaparkan dirinya mendukung Fatima menuju ke dewan utama bagi acara tersebut.
Turut kelihatan suaminya yang juga pelakon popular, Fattah Amin berjalan di sebelahnya dengan persalinan sedondon berwarna ala-ala mustard.
@fazuraofficial Lepastu masuk je ballroom, dia nak daddy all the way pulak.. (Alhamdulillah, selamat kaki mommy 😂) @Fattah Amin
Di ruangan kapsyen, Fazura ada meluahkan kegigihan dia memakai kasut ‘boots’ tinggi sambil mendukung anaknya yang berusia dua tahun itu.
“Lepastu masuk je ballroom (dewan utama), dia nak daddy all the way pulak.. (Alhamdulillah, selamat kaki mommy 😂) ,” tulisnya terhibur.
Bagaimanapun, tidak semua warganet membaca atau berusaha memahami kapsyen ditulis pelakon filem J Revolusi itu sebaliknya lebih kepada mengkritik suaminya.
Segelintir netizen mempersoalkan mengapa tidak Fattah membantu mendukung anaknya apatah lagi Fazura dilihat letih membawa kanak-kanak berkenaan seorang diri.
Biasa la ikut ‘mood’ anak! Ada kalanya mahu berkepit dengan ibu saja, tak nak didukung ayah. Jadi terpaksa mengikut kemahuan cahaya mata tersayang kan?