Demi mencipta kelainan, pelbagai teknik marketing dibuat peniaga untuk menarik pelanggan. Ada yang sampai menggunakan penyodok menghidangkan shell out ke meja hidangan. Biar betul?
Seperti video tular di TikTok ini, dua pekerja restoran yang memakai t-shirt merah dan apron hitam dilihat membawa makanan laut yang telah dimasak menggunakan penyodok besar.
Mereka kemudian mencurahkannya ke atas meja pelanggan yang sudah dilapik dengan plastik.
Setakat ini, perkongsian video sudah meraih lebih 1 juta tontonan. Penonton memberikan reaksi kurang senang berpendapat cara hidangan sebegitu tidak sopan.
Netizen juga mempersoalkan adab peniaga dalam menghormati makanan dan kebersihan penyodok yang mungkin terdedah kepada habuk dan kotoran di persekitaran.

Walaupun nampak ‘unik’, netizen tidak bersetuju penyodok yang sinonim dengan penggunaan lasak digunakan untuk hidang makanan.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar restoran ini. Namun, netizen mendakwa ianya berlaku di Indonesia berdasarkan banner di bahagian belakang.
#OhmediaNasihat
Menghormati makanan adalah sebahagian daripada nilai budaya kita. Cara penyajian makanan haruslah dilakukan dengan penuh teliti dan menjaga kebersihan demi keselesaan pelanggan. Selain itu, setiap restoran perlu memahami sensitiviti pelanggan untuk memastikan pengalaman makan yang lebih baik.
