am@metro.com.my
Pontian: Lelaki yang dilaporkan hilang dari rumah di Batu 47 Kampung Parit Keroma, Ayer Baloi, di sini, pada 27 Januari lalu pulang sendiri ke pangkuan keluarga, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kepulangan Mohd Aliaries Md Jani, 49, ke rumah dimaklumkan adiknya di Balai Polis Ayer Baloi.
“Siasatan mendapati lelaki itu keluar ke rumah kawannya di Benut tanpa pengetahuan keluarga.
“Sebab lain dia keluar rumah difahamkan berkemungkinan merajuk akibat masalah keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu akhbar melaporkan lelaki itu dilaporkan hilang sejak 27 Januari lalu.
Kejadian menimbulkan kebimbangan ahli keluarganya kerana dia adalah penjaga kepada kedua ibu bapa.
© New Straits Times Press (M) Bhd