OPPO bekerjasama dengan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia bersama AEON untuk memberi sinar baru kepada anak-anak yatim menerusi pendidikan digital serta sumbangan barangan keperluan.
Kempen #MakeYourMoment

OPPO mengambil keberkatan bulan Ramadan dengan kempen #MakeYourMoment untuk memberi semula kepada masyarakat.
OPPO Malaysia menyumbang 100 OPPO Pad Neo serta barang keperluan dari AEON kepada rumah anak yatim seluruh negara.
Tablet ini diharapkan dapat memberi akses kepada anak-anak untuk pendidikan dan peluang yang lebih luas mencapai impian.
Peraduan #MakeYourMoment

Pasangan popular Janna Nick, Dini Schatzmann dan Sharifah Rose berada di majlis sumbangan untuk merakam momen-momen bermakna sepanjang acara.
Momen berkenaan akan menjadi titik tolak untuk orang ramai berkongsi detik-detik mereka membuat kebaikan sekaligus untuk menyebarkan ke lebih ramai orang.
Kotak kebajikan di store OPPO

Untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan, OPPO Malaysia membawakan kotak kebajikan di store OPPO terpilih* untuk memberi peluang lebih ramai pelanggan menyumbang barangan keperluan kepada anak-anak yatim.
*Kotak kebajikan hanya didapati di store OPPO terpilih: IOI City Mall, Seremban Gateway, Pavilion KL, Setia City Mall, Pavilion Bukit Jalil, Imago Mall, Vivacity Megamall, Batu Pahat Mall, Sutera Mall, Aeon Bandaraya, KTCC, East Coast Mall, Queensbay Mall, Aman Central, Ipoh Parade.

Jadikan Raya kali ini lebih bermakna
“Di OPPO kami yakin teknologi boleh memberi perubahan positif kepada orang ramai. Dengan kempen ini kami sediakan anak-anak yatim dengan pendidikan digital untuk masa depan mereka.
“Dengan ilmu ini mereka boleh meneroka kemahiran baru dengan platform online, meluahkan siapa diri mereka sebenar dan berhubung dengan seluruh dunia.
“Kami juga menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk berkongsi kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan untuk membahagiakan mereka,” kata Monica Chin, Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia.
Nak tahu lebih lanjut? Jangan ketinggalan untuk menonton video kempen #MakeYourMoment di platform rasmi OPPO.