OpenAI ‘lawan’ DeepSeek

OpenAI ‘lawan’ DeepSeek
OpenAI ‘lawan’ DeepSeek

Ia dikhuatiri akan membuatkan manusia menjadi lebih malas untuk membuat kajian mengikut prosedur biasa. Foto Agensi

SAN FRANCISCO – OpenAI melancarkan alat ChatGPT digelar ‘deep research’ ketika chatbot kos rendah dengan prestasi tinggi DeepSeek dihasilkan China mencetuskan persaingan sengit dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Deep research merupakan ejen baharu OpenAI yang boleh melakukan kerja secara menyeluruh termasuk menganalisis dan mensintesis ratusan sumber dalam talian untuk menghasilkan laporan komprehensif pada tahap penganalisis sesuatu kajian,” ujar gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu dalam satu kenyataan.

Pada 2022, ChatGPT muncul sebagai AI generatif yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna kerana mampu menyelesaikan tugasan yang biasanya mengambil masa beberapa jam dalam tempoh singkat.

Pengumuman dibuat menerusi video strim langsung menunjukkan alat itu berupaya mensintesis data carian web untuk mengesyorkan peralatan ski yang boleh dibeli untuk percutian di Jepun.

OpenAI mula rasa tergugat dengan DeepSeek setelah ia menguasai carta muat turun pengguna di AS mengambil langkah segera memperkenalkan alat untuk penyelidikan lebih mendalam dan tepat meliputi pelbagai bidang seperti kewangan, sains, dasar serta kejuruteraan.

Difahamkan, alat tersebut hanya tersedia buat pengguna Pro dengan bayaran AS$200 (RM875) sebulan. – Agensi

Scroll to Top