Olimpik Paris 2024: Lebih 8.8 juta tiket terjual

Olimpik Paris 2024: Lebih 8.8 juta tiket terjual
Olimpik Paris 2024: Lebih 8.8 juta tiket terjual

Lebih daripada 8.8 juta tiket telah dijual untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris

LEBIH daripada 8.8 juta tiket telah dijual untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris, kata Pengarah Sukan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Kit McConnell, lapor Sputnik.

“Lebih daripada 8.8 juta tiket terjual, yang merupakan jumlah yang luar biasa untuk temasya ini, paling banyak pernah terjual untuk acara sukan di Perancis,” kata McConnell kepada pemberita pada Sabtu.

McConnell juga berkata, kira-kira 30,000 kakitangan daripada pelbagai perkhidmatan terlibat dalam memastikan keselamatan semasa acara itu berlangsung.

Rekod sebelumnya sebanyak 8.3 juta tiket terjual dicatatkan semasa Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan diadakan dari 26 Julai hingga 11 Ogos, manakala Paralimpik akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September. – Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!