OLIMPIK: Misi beregu campuran berakhir

OLIMPIK: Misi beregu campuran berakhir

helmi.talkah@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Perjuangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Sukan Olimpik Tokyo 2020 boleh dianggap sudah berakhir selepas mengalami kekalahan kedua-dua berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan, sebentar tadi.

Peng Soon-Liu Ying yang turun dengan misi wajib menang bagi menghidupkan kembali peluang ke pusingan kalah mati selepas tewas aksi pembukaan semalam, terpaksa akur apabila kali ini tunduk di tangan pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich 12-21, 15-21 dalam saingan Kumpulan D di Musashino Forest Sport Plaza.

Semalam, pasangan negara yang berada di kedudukan nombor tujuh dunia itu tewas di tangan beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Peng Soon-Liu Ying akan melengkapkan aksi peringkat kumpulan menentang pasangan nombor tiga dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Dong Ping, esok.

Sebagai rekod, Peng Soon-Liu Ying berjaya memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top