Obses dengan kekasih, lelaki tak segan pakai baju berwajah teman wanita

Obses dengan kekasih, lelaki tak segan pakai baju berwajah teman wanita

Kalau bercinta, hampir semua perkara mahu dilihat sempurna. Apatah lagi ketika keluar ‘dating’ bersama, sudah semestinya berusaha menunjukkan cinta dan kasih sayang terhadap pasangan.

Situasi seperti itu boleh digambarkan dengan seorang gadis ini yang terkejut apabila teman lelakinya bertindak mencetak foto wajah kekasih pada sehelai baju t-shirt sebelum memakai baju itu ketika mereka keluar bersama.

@aynjw_

i was like shocked gila time keluar tu 😭 #foryou #fyp #fypシ #foryoupage #boyfriendcheck #obsessed #storytime

♬ original sound – unhaving ;

Menurut @aynjw_, dia mengakui teman lelakinya yang dikenali sebagai Ariq itu obses terhadap pasangan dan tidak menyangka kekasihnya dengan ‘berani’ memakai t-shirt tersebut di khalayak ramai.

“I was like shocked gila time keluar tu,” tulis gadis berusia 19 tahun itu di ruangan kapsyen pada video dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, kelihatan teman lelakinya dengan penuh bergaya mengenakan t-shirt berkenaan sedang membuat pesanan di sebuah kaunter minuman.

Video tersebut meraih 435,500 tontonan selain lebih 2,500 komen warganet terutama dalam kalangan anak muda yang menyifatkan gadis itu bertuah memiliki kekasih yang terlalu menyayangi dirinya.

Malah, ada juga segelintir individu bertanya mengenai reka bentuk t-shirt berkenaan kerana turut berminat mencetak wajah orang tersayang pada baju mereka.

Sumber: TikTok @aynjw_