Pengguna media sosial terutamanya wanita pasti mengenali jurumekap atau MUA Bellaz kerana sering membuat live Facebook tutorial mekap buat para peminat.
Mana tidaknya, solekan MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini sememangnya tidak pernah mengecewakan ramai dengan hasil kreativiti yang ditunjukkan olehnya.
Terbaharu, perkongsian MUA Bellaz di laman TikTok miliknya telah menarik perhatian ramai warganet terutama kaum wanita.
Menerusi video dimuat naik oleh Bellaz, dia dilihat menunjukkan hasil solekan bertemakan Kemerdekaan iaitu Jalur Gemilang pada wajahnya sambil ‘miming’ dan diiringi lagu Negaraku.
@muabellaz Replying to @nurulnorshahirahh 🫣
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan hasil solekan daripada MUA Bellaz kerana ia dilihat sangat ‘nyata’ dan nyaris menyangka menggunakan ‘filter’.
Malah, ada juga warganet bertanya mengenai tempoh masa diperlukan oleh Bellaz bagi menyiapkan solekan yang cantik, kreatif dan menakjubkan itu.
Sumber: TikTok @muabellaz