Nyanyian Dikritik, Mas Idayu Nafi ‘Miming’ – “Saya Tak Nampak Prompter”

Nyanyian Dikritik, Mas Idayu Nafi ‘Miming’ – “Saya Tak Nampak Prompter”

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu menafikan dakwaan dirinya ‘miming’ ketika menyampaikan single baharu berjudul ‘Harum Mekar Di Hati’ secara langsung di pentas akhir Famili Duo musim keempat (FD4) pada Ahad lalu.

Ketika ditemui XTRA, Mas Idayu atau nama sebenarnya, Masidayu Mesnun, 52, menegaskan perkara tersebut serta menjelaskan dia terlupa beberapa bait lirik kerana lagu tersebut baru sahaja dilancarkan.

“Tidak, saya tidak miming. Cuma saya tidak hafal lirik kerana itu adalah lagu baru. Saya nyanyi live. Saya terpaksa lihat lirik di prompter sebagai rujukan. Penonton lindung prompter, jadi saya tak nampak,” katanya.

Mas Idayu berkata demikian ketika ditemui di sesi sidang media usai konsert akhir Famili Duo 4 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, pada Ahad.

Pelantun lagu Cintaku 100% ini bagaimanapun tidak menghiraukan kritikan dan kecaman netizen kerana sudah lali.

“Tak apa lah, saya tidak kisah dah,” ujarnya.

Sebelum ini, Mas Idayu atau lebih mesra disapa sebagai Mummy itu menerima tohmahan daripada netizen yang mendakwa dirinya tidak menyanyikan lagu baharu tersebut secara langsung.

Artikel Berkaitan: Nyanyian Mas Idayu Di Konsert Final Famili Duo 4 Dikritik Warganet, Ada Yang Komen ‘Berdesing’

Scroll to Top