Norris raih petak utama GP Singapura

Norris raih petak utama GP Singapura

Singapura: Lando Norris meletakkan McLaren di posisi petak utama Grand Prix (GP) Singapura dengan pemimpin kejuaraan Formula Satu (F1) dari Red Bull, Max Verstappen, menyertai di barisan depan dalam sesi dramatik di bawah sinaran lampu limpah.

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, meraih petak ketiga dengan rakan sepasukannya di Mercedes, George Russell, di petak keempat.

Ia adalah petak utama yang kelima bagi Norris musim ini, keenam dalam kariernya, dan ketiga dalam empat perlumbaan terakhir.

“Jentera berada dalam keadaan baik dan apabila anda mempunyai jentera terbaik dan anda yakin, anda boleh keluar dan memacu serta mendapatkan masa terpantas,” kata Norris, yang juga terpantas dalam sesi latihan bebas semalam dan hari ini.

“Jadi, saya melakukan tugas yang perlu saya lakukan hari ini dan teruja untuk melihat apa yang boleh kami lakukan esok.”

Verstappen mendahului Norris dengan 59 mata dengan berbaki tujuh pusingan dan permulaan perlumbaan akan menjadi sangat penting, kerana tahap kesukaran di Marina Bay.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top