Influencer yang kini bergelar pelakon, Norreen dan Aya telah menerima kecaman netizen apabila membuat konten berkenaan keadaan wanita yang memakai telekung sewaktu menunaikan solat tarawih.
Perkongsian tersebut menunjukkan keadaan biasa yang dialami para wanita ketika solat berjemaah lebih-lebih lagi sewaktu di masjid atau pun surau.
@norreen143_ BILA TARAWIH DENGAN MEMBER BE LIKE @Aya Amiruddin :- P/S : video ini hanya lakonan semata-mata berdasarkan pengalaman zaman persekolahan dulu. Tidak berkait dengan sesiapa yg hidup atau si mati. #norreenbuathal
Seakan sudah dijangka, muat naik video itu telah mendapat pelbagai respon dari netizen terutamanya di media sosial. Kebanyakan mereka kurang bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Norren Iman dan Aya Aminuddin kerana dilihat seperti mempermainkan ibadah.
Penat aku ketawa pic.twitter.com/WyHvbBm1F2
— tasha (@nata5ha12) April 5, 2023
Menerusi Twitter pengguna dikenali sebagai @RafiCoucel, dia telah menulis bahawa sebarang bentuk lawak yang berkaitan dengan ibadat hukumnya adalah haram. Dia juga menyertakan sekali sabda Rasulullah berkenaan perkara tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa kurang senang dengan apa yang dilakukan oleh dua orang influencer berkenaan kerana dilihat seakan mempermainkan tentang pakaian untuk beribadah.
Mereka juga menyatakan yang tindakan mereka langsung tidak lawak kerana melibatkan sensitiviti agama lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.
Walau bagaimanapun, masih ada yang memberikan komen positif dengan mengatakan bahawa mereka faham sahaja konteks yang ingin disampaikan oleh dua influencer terbabit berkaitan situasi yang kerap dialami wanita yang menunaikan solat secara berjemaah.
Namun, mereka juga terima teguran berkaitan jenaka dalam beribadah dan menghormati apa yang telah dilarang dalam agama.
Sumber: TikTok norreen123_, Twitter @nata5ha12, RafiCousel