KUALA LUMPUR – Pelakon Norman Hakim mengambil pendirian mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi yang melanda anak keduanya, Marissa Dania Hakim, 18, yang didakwa mengganggu rumah tangga orang lain hingga bercerai.
Walaupun Instagram (IG) miliknya bertalu-talu ‘diserang’ netizen, Norman dilihat lebih selesa memuat naik hantaran zikir harian untuk tatapan peminat dan netizen.
Namun anak sulung Norman dengan bekas isteri, Abby Abadi diaitu Danish Hakim mengajak individu dikenali Aslam untuk bertemu empat mata dengannya.
“Aslam, jom jumpa,” tulisnya di Instagram Story.
Bagaimanapun hantaran terbaharu yang dimuat naik Danish itu dipadam beberapa minat kemudian.
Difahamkan, Aslam adalah lelaki yang didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan adiknya, Marissa Dania Hakim, 18, sehingga lelaki itu menceraikan isterinya, baru-baru ini.
Sementara itu, Marissa menerusi Instagram hari ini mengaku, dia bersalah dalam perkara itu.
Bagaimanapun, Marissa mendakwa tidak semua cerita yang didedahkan wanita itu adalah tepat dan kenyataan diberikan bukan untuk memuaskan hati semua pihak. – MalaysiaGazette