Selepas sekian lama bergelar balu, akhirnya Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah, 33, mengakui sedang mengenali seseorang. Lelaki itu dikenali sebagai Amsyar Salim dan mereka memang ada perancangan untuk bernikah tetapi bukan dalam masa terdekat.
Hidayah berkata, mereka masih dalam proses mengenali hati budi dan mungkin hanya akan berkahwin pada tahun depan atau selewatnya 2027.
Norhidayah mahu fokus pada perniagaan dan anak…

Saya dan si dia dalam fasa perkenalan lagi ketika ini. Insya-Allah, mungkin tahun depan atau pada 2027 kami akan berkahwin.
Buat masa ini, Hidayah lebih memberi tumpuan kepada perniagaan produk kecantikannya. Dia juga berharap agar orang ramai terus menyokong usaha dan perjalanan hidupnya bersama anak tunggalnya, Hamzah.
Saya harap semua mendoakan yang terbaik buat saya dan anak, Hamzah. Semoga anda semua terus menyokong produk kecantikan saya.- Katanya.
Hubungan terbongkar di TikTok?

Sebelum ini, Hidayah pernah memberi bayangan hatinya sudah dimiliki, tetapi segalanya seolah-olah terjawab selepas Amsyar memuat naik video mereka bersama di TikTok.
Dalam video tersebut, Amsyar berkongsi momen mereka keluar bersama dengan emoji tanda bahagia, sekali gus menarik perhatian netizen.
Ramai yang menitipkan pesanan agar Amsyar menjaga dan menyayangi Hidayah serta anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4, dengan penuh keikhlasan.
Sejarah cinta Hidayah dan Abam Bocey…

Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Abam Bocey pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki. Namun, kebahagiaan mereka tidak bertahan lama apabila Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di usia 32 tahun. Al-Fatihah buat Abam.
#ApaKataOhmedia
Setiap orang berhak mendapat kebahagiaan kedua selepas melalui ujian hidup. Apa yang penting, hubungan yang dibina perlu berlandaskan kejujuran dan keikhlasan. Kita doakan yang terbaik buat Hidayah dan Amsyar!
