Nora Danish Tak Pandang Harta, Tertarik Perwatakan Bekas Suami

Nora Danish Tak Pandang Harta, Tertarik Perwatakan Bekas Suami

Pelakon Nora Danish berkata dia tidak pernah memandang harta kedua-dua bekas suaminya sebaliknya tertarik dengan pertawatakan mereka.

Menerusi podcast Richman bersama Neelofa dan Natasha, Nora berkata sebelum dia berkahwin teman lelakinya hanya orang biasa sekaligus menepis tanggapan bahawa dia wanita materialistik.

BACA: “Awak Cinta Hidup Saya, Lagu Ini Untukmu Sayang, Nora Danish” – Nedim

“Bila tengok perjalanan hidup saya nampak macam memang betul saya memilih status dan juga sesuatu sebab tengoklah siapa bekas suami pertama dan kedua saya.

“Tetapi, kalau tengok sebelum saya kahwin, teman lelaki saya semua orang biasa.  Cuma kerana perwatakan mereka (bekas suami) yang buat saya tertarik.

“Malah kedua-dua bekas suami yang ajak saya kahwin, bukan saya. Saya tak pernah ada kriteria untuk memilih, tak ada..dia datang sendiri,” katanya.

Sementara itu, Nora berkata dia juga tidak pernah mengharapkan wang daripada kedua-dua bekas suaminya sepanjang perkahwinan kerana sudah diajar dari kecil untuk tidak meminta.

“Kedua-dua bekas suami saya pun boleh setuju yang saya satu sen pun tak pernah minta duit mereka. Dari kecil ibu saya ajar saya untuk jangan minta duit orang. Saya suka manjakan diri dengan duit saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata dia tidak pernah melihat kehidupan perkahwinan yang bahagia memandangkan dirinya juga dibesarkan sendirian oleh ibu sejak pemergian bapa.

“Tak pernah tengok kehidupan perkahwinan yang bahagia sebab ayah saya meninggal sejak saya kecil dan saya dibesarkan oleh ibu sendirian.

“Jadi saya tak tahu macam mana layanan suami isteri yang betul. Saya tak cakap saya isteri yang baik, jauh sekali. Tetapi kalau saya belajar lebih, saya mungkin dapat menguruskan perkahwinan dengan baik,” katanya.

Scroll to Top